Dulunya OB & OG adalah teman, tapi sekarang mereka nampaknya seperti lawan. Sy tidak tahu apa punca mereka begitu, sebab sejak peperangan teluk 2 tahun lalu, sy dah tak hirau lagi apa diorang nak ngata atau kutuk sy dlm blog diorang. Tapi, apa yang dimaklumkan oleh salah satu teman sy yg dikenali sbgi “TT” (yg slalu jd “silent reader” kat blog OB), dia mengesahkan sejak peperangan teluk, tiada lagi posting2 yang mampu menjatuhkan maruah sy. Tapi sy tak tau pulak kalau dia ada blog lain, wallahualam.
Lepas baca sms TT, sy rasa malas nak bukak blog OB, tapi satu perasaan telah mendorong sy utk masuk ke sana .. rupa2nya memang benar dia ada blog lain di Friendster. Tapi apa yg sy dapati, tiada apa2 posting di blog itu yg mampu menarik “minat” sy. Hanya dia & OG saja dok berselisih faham kot, berperang ke .. alahhh .. tu bukan masalah sy pun. Sy membls sms TT mengatakan pada dia tak de apa2 posting yg penting dalam tu. Tapi TT menyuruh sy pergi ke blog link OG dan baca sendiri posting2 yg ada dalam tu. Sy pun kliklah blog link tu. Kebanyakan posting2 dlm tu tak menarik minat sy untuk membacanya, hinggalah sampai pada satu entry yg di”paste”kan satu comment dari OB yang membuatkan sy muntah.
Dear *****,gosh,...bla bla bla ... yada yada yada yada .. I deserve to be jeered at as all my sisters have failed marriages (membuka pekung sendiri) and my elder sister is mentally deranged (memburukkan darah daging sendiri dgn menceritakan benda yang tak betul kepada orang lain), for which i am taking care of her 11 yr old daughter (salah lagi). kesian la i nih. (minta simpati dari orang) Dah la kena jadi 'bidan terjun' jaga anak orang! :( (bila masa dia jaga anak sister dia? bukan dia yang sekolahkan anak sister dia ke apa ke. kenapa perlu ada-adakan statement seumpama itu?)
ada lagi statementnya panjang lebar, sy muak membacanya, tak habis baca pun .. apa yg penting .. tu .. statement di para 1 tu .. kenapa perlu nak citerkan kat orang lain, tulis dlm comment orang lain & biar satu dunia tahu perihal keluarga sendiri. Ini bagaikan membuka pekung di dada sendiri. Apa2 pun .. statement yang dihitamkan tidak benar sama sekali. Tuhan Maha Adil & Saksama, Dia Maha Melihat & Mendengar .. sekali orang memburuk2kan kita dan melabelkan kita dengan ntah apa2 nama yg tak sepatutnya dilabelkan seumpama itu, Dia akan membalikkan perkara yang sama kepada orang tu. Bayangkanlah kalau 1000x dia melabelkankan sy dgn pelbagai label buruk & kotor. Pada saya, biarlah orang mengata saya atau kutuk saya dengan kutukan yang paling hebat, namun sy masih lagi bersabar .. bukan tak mampu melawan atau lawan kata2nya .. tapi sy berpihak pada yang nyata dengan mengambil keputusan berdiam diri dan berserah pada Allah serta meminta pertolongan dariNya. Hanya Dialah sahaja yg mampu menunjukkan kita apa yg perlu dilakukan kerana Tuhan sentiasa bersama hambaNya yang lemah (kata2 emas dari bonda & kakak angkat sy ni, sentiasa sy pegang kemas dalam genggaman sy sampai bila2).
SAHABAT
Alhamdulillah, setakat ini, sahabat-sahabat saya tak ada satu pun yang menikam saya dari belakang atau tidak pernah bertikam lidah atau apa2 saja yang mampu menjatuhkan talian persahabatan. Sahabat2 yang paling lama saya berkawan adalah yang paling lama sampai 7 - 8 tahun berkawan, tapi mampu kekalkan talian tu hingga sekarang. Kepada sahabat2 yang baru, sy ucapkan terima kasih kerana sudi menjadikan sy salah seorang sahabat anda dengan menerima sy seadanya. Memang benar kita tidak mampu menilai hati & peribadi seseorang untuk dijadikan seorang sahabat, tapi Allah Maha Mengetahui dan Dia akan lebih awal Mengetahui akan segala kejahatan dan keburukan. Oleh itu, jika ingin atau berhasrat untuk membuat jahat kepada sahabat sendiri, ingat Allah. Takutlah padaNya. Kerana sekali kejahatan yang kita lakukan pada orang lain, Dia akan membalasnya kepada kita sendiri, sebaliknya orang yang teraniaya akan mendapat balasan yang mulia. Sy juga mendoakan agar persahabatan yang disemai dari awal akan bersemi buat selama-lamanya. Sy percaya hanya sahabat sejati sahaja yang memahami sesama sendiri.
KANDUNGAN & PEKERJAAN
Hmm .. sekarang ni, kandungan saya sudah mencapai 5 bulan, baru malam tadi pergi check-up. Dr Zul dari Pusrawi KD jangka sy akan bersalin pada akhir bulan Mac 2007, insya-allah. Bagaimanapun, pada masa yang sama, syarikat tempat saya bekerja sekarang ni, telah mencapai tahap yang kurang memuaskan, surat notis pemberhentian kerja telah diagihkan pada kesemua staf dan notis yang diberikan adalah sehingga 30/11/06. Tiap2 hari lepas bersolat, sy tetap mendoakan agar syarikat akan tetap kukuh sampai bila2 kerana sy telah berniat untuk bekerja di sini sehingga tempoh bersara. Tetapi, jika yang ditetapkan Allah adalah sebaliknya, sy tetap terimanya dengan hati yang tenang & terbuka. Sekarang ni pun, sy sedang mencari2 pekerjaan sambilan @ work from home sehingga tarikh bersalin, jika ada yang sudi memberi.
Sy harap jika sy tidak lagi bekerja selepas 30/11/06, sy akan terus mencuba meng”update”kan blog ni. Ini kerana hanya di rumah tidak mempunyai internet access.
Oklah .. sy rasa sy tak pernah luahkan panjang lebar sebegini di blog sy. Ini cipta rekod agaknya. Entahlah mungkin terdorong oleh sms pagi tadi & posting yang ntah apa2.
Salam ikhlas dan sayang dari,
NB